Thursday 29 May 2014

VITAMIN TERBAIK UNTUK PESAKIT JANTUNG

Penyakit jantung bukanlah satu penyakit yang asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana penyakit ini tergolong dalam pembunuh nombor satu di Malaysia selain kanser dan penyakit kronik lain. Tahukah anda pada zaman ini, 1:3 orang dewasa meninggal kerana penyakit jantung? Menakutkan,bukan? Lebih menakutkan apabila penyakit ini tidak memilih golongan yang berusia sahaja untuk diserang malah golongan muda juga berisiko tinggi untuk mempunyai kolestrol tinggi.



Antara punca penyakit jantung ini adalah:

Kurang bersenam

Salah satu sebab mengapa ramai rakyat Malaysia kurang bersenam sekarang adalah kerana kepesatan ekonomi dan pembangunan pesat sosioekonomi. Perkara-perkara yang disebutkan secara tak langsung mengubah gaya hidup seseorang. Pergi kerja awal pagi, pulang kerja lewat malam...saya pasti ramai yang mengalami situasi ini terutamanya penduduk bandar.


Tidak mengawal pemakanan

Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi yang amat sedap. Nasi lemak kita boleh nikmati pada waktu pagi. Gulai lemak daging salai kita boleh makan pada waktu tenghari. Nasi goreng, tomyam dan pelbagai lagi juadah boleh kita nikmati pada waktu malam. Belum lagi saya senaraikan rangkaian restoren fast food yang memang dah bercambah macam cendawan. Jadi...mampukah semua dari kita menahan godaan dari makan makanan yang sedap-sedap ni? Fenomena di negara ini yang saya tengok, kebanyakannya macam ni...

makan ikut selera --> badan makin bertambah besar --> 'ooooppss...dah gemuk. kena exercise ni' 

-->exercise 2,3 hari --> em..penatlah/bz lah, tak ada masa lah --> bukak internet, cari ubat kurus 

murah/tak diluluskan KKM -->naik ambulance, duduk dalam ward.

Saya pasti anda pernah lihat keadaan ni. Sebab terlalu banyak berlaku. 

Kalau kita rujuk doktor dan sesiapa yang pakar dalam bidang kesihatan, mungkin mereka menyarankan untuk kita kawal kalori yang diambil setiap hari. Tapi...dengan keadaan kita yang penat bekerja, bila balik ke rumah perlu menguruskan rumah tangga pula, sempat kah kita nak 'observe' kalori di dalam setiap makanan. Selain tiu, di kala Hari Raya menjengah, mampukah kita menolak pelawaan orang yang bersusah payah menjamu kita dengan juadah yang mereka sediakan? Kalau satu rumah hidangkan sepinggan pulut, lawat 3 ke 4 buah rumah, adakah tak melebihi kalori yang kita ambil pada hari tu?


 
                                
                                      Antara makanan di Malaysia. Tengok je dah terliur, macam mana nak tahan makan?



Merokok

Umum tahu yang merokok ni dah tak asing dalam negara kita. Di mana-mana sahaja kita boleh jumpa orang yang merokok. Merokok ni bahaya...tapi pada sesetengah, mereka menghadapi kesukaran untuk berhenti. Ada yang berhenti sekejap, lepas tu hisap balik sebab pressure dari kawan-kawan. Ada yang dah ketagih, dan ada pula yang memilih merokok sebagai gaya hidup. Dalam entry ni saya dah share macam mana untuk berhenti merokok dengan mudah, tanpa withdrawal symptom insyaallah.


Jadi, pada saat anda baca ayat ni, anda dah tahu apa sebab penyakit jantung kan? Ok, berdasarkan sebab-sebab yang sayang list tadi, anda rasa apa yang sesuai untuk kita buat supaya kita dapat kurangkan kadar penghidap penyakit jantung ni?

Saya yakin agak sukar bagi kita untuk menjadi terlalu memilih dalam bab makan, kecuali kita mempunyai masa yang cukup dan tenaga yang banyak untuk masak setiap hari, setiap kali waktu makan.









So, apa solution yang ada? Apakah Supplement Terbaik untuk Pesakit Jantung?

Alhamdulillah bulan depan, atau lebih tepat lagi minggu depan, Shaklee akan melancarkan satu produk yang sangat hebat untuk bantu kita semua sihat di samping kita dapat nikmati makanan Malaysia yang memang bombastic ni.



Phytocol-ST ni mengandungi fitosterol. 80 kajian telah dilakukan, membuktikan yang fitosterol ni memang bagus untuk menghalang penyerapan kolestrol dalam salur darah (yang menjadi punca utama pesakit diserang).  Phytocol-ST bertindak dengan menghalang kolestrol daripada diserap oleh badan. Ia akan menjadi benteng kepada badan kita yang lazimnya akan menyerap kolestrol daripada makanan yang kita ambil. Proses memblok kolestrol ini berlaku di bahagian usus manusia. Produk ini sangatlah hebat kerana ia mampu menyekat 80% kolestrol daripada diserap, dan ini menjadikan ia lebih baik daripada beta glucan yang terkandung dalam oat. 


Jika anda ambil supplement ini, anda boleh makan makanan yang anda gemari tanpa ragu-ragu dan mempunyai perasaan takut-takut nak makan, kerana Phytocol-ST akan menjalankan tugasnya untuk menyekat penyerapan kolestrol. Ini akan pada akhirnya menjadikan anda sihat, dan sekaligus dapat bantu dalam penurunan jumlah pesakit jantung di Malaysia.


Inilah Supplement Terbaik untuk Pesakit Jantung, yang halal, bersih, dan berkualiti.



Video ini menggambarkan bagaimana kolestrol menyumbat pembuluh darah dan menyebabkan penyakit-penyakit yang kronik. Cuba tengok betapa bahayanya keadaan kita jika kita makan makanan yang tinggi kolestrol.




Jadi, walaupun kita mempunyai gaya hidup yang super duper busy, dengan pengambilan Phytocol-ST, anda masih mempunyai kehidupan yang sihat.


Insyaallah dengan keyakinan dan usaha, kita dapat mengelak diri daripada menjadi salah seorang mangsa.

Dalam post yang seterusnya, insyaallah saya akan kongsikan tentang bagaimana LDL dan HDL bergerak di dalam tubuh kita.



Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, anda boleh hubungi;




TIPS-TIPS KESUBURAN BERKESAN PART II

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, saya akan bongkar lagi rahsia-rahsia kesuburan hari ni. Ada siapa-siapa yang tertunggu? :)

Tips-tips ni amatlah penting untuk wanita yang ingin menimang cahaya mata, telah mencuba tetapi belum membuahkan hasil. Ye, benar yang rezeki itu milik tuhan tapi kita sebagai hamba-Nya perlu terus berusaha sehingga berjaya.Yang penting jangan putus asa.

Tips-tips kesuburan yang seterusnya adalah...


Tingkatkan kesihatan pasangan anda 

Kesihatan pasangan anda adalah sama pentingnya seperti anda. Jika dia menyediakan badannya untuk sperma sihat, keadaan ini akan meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

Seperti anda, pasangan anda perlu cuba untuk mempunyai diet yang sihat dan berat badan yang sihat, dan juga perlu berfikir tentang bersenam. Beliau juga boleh membantu sperma kepada menjadi lebih kuat dengan memakan vitamin yang sesuai.

Tekanan boleh membahayakan pengeluaran sperma. Jadi, pasangan anda perlu untuk mengatasinya. Selain ia merbahaya kepada kesihatan, ia juga tidak bagus untuk kesuburan.

Bagi kaum lelaki juga, anda boleh mengambil set kurus Shaklee.






Jangan stress

Tidak dinafikan bahawa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata boleh menyebabkan seseorang itu tertekan. Terutama sekali bila kita diasak dengan pertanyaan daripada keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga. Namun begitu, tekanan seharusnya di elakkan kerana ianya tidak membantu kepada keberhasilan usaha kita untuk mendapat cahaya mata.Pastikan anda tidak tertekan , cemas atau panik.


Satu kajian di Universiti Oxford mendapati bahawa wanita dengan enzim tekanan 12 % adalah kurang kemungkinannya untuk hamil dalam tempoh yang paling subur dalam kitaran bulanan mereka. Mereka berkata bahawa teknik relaksasi, kaunseling , yoga dan meditasi boleh membantu .


Jadi carilah masa untuk beriadah dan berehat bersama pasangan anda. Cari aktiviti yang anda suka kerana ini akan membantu anda untuk berada dalam keadaan yang rileks.

Baca ni untuk tips mengatasi stress yang insyallah berkesan.





Jadi berapa lama ia akan mengambil masa sehingga saya hamil? 



Secara umumnya ia mengambil sebahagian besar pasangan (kira-kira 84%)  setahun untuk jatuh hamil. Bagi yang lain pula ia boleh mengambil masa yang lama.


Statistik menunjukkan 92% daripada pasangan boleh hamil selepas dua tahun mencuba, tetapi kebanyakan pasangan dinasihatkan untuk melawat doktor mereka jika mereka telah mencuba untuk mendapatkan cahaya mata selama setahun tetapin tidak berjaya.


Wanita muda lebih subur, jadi anda boleh mencuba. Manakala kebanyakan wanita di awal dua puluhan, mereka mengambil masa empat hingga lima bulan untuk jatuh hamil.


Bagi wanita dalam awal tiga puluhan, mereka mengambil purata masa antara tujuh hingga sepuluh bulan, manakala wanita dalam lingkungan lewat tiga puluhan mereka sering jatuh hamil selepas sepuluh hingga dua belas bulan mencuba.




Doa

Akhir sekali, sebagai manusia, tak kira agama, kita adalah digalakkan untuk berdoa, meminta kepada tuhan untuk memperkenankan hajat kita sebagai hamba-Nya. Doalah bersungguh-sungguh, dan yakinlah bahawa tuhan akan memperkenankan doa kita.







Last but not least, untuk anda yang ingin hamil, dah tau apa langkah yang perlu diusahakan, jangan tunggu lama-lama untuk melaksanakannya. Selamat mencuba dan saya doakan anda berjaya :)

Tuesday 27 May 2014

TIPS-TIPS KESUBURAN BERKESAN

Saya pasti ramai di kalangan kita yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Tak dapat dinafikan bahawa setiap pasangan yang telah berkahwin pastinya inginkan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga mereka. Namun, ada di antara kita juga yang kurang faham dan arif tentang apa yang perlu mereka tahu tentang apa yang penting untuk mereka amalkan sebagai langkah untuk hamil. Di dalam entry ini saya bongkarkan rahsia atau tips-tips yang kita semua boleh amalkan.

 
Diet yang sihat


Mempunyai diet dan gaya hidup yang sihat adalah benar-benar penting jika anda mahu meningkatkan peluang anda untuk mengandung.

Senaman dan diet yang seimbang akan membantu untuk menjaga tubuh anda, dan ia membantu untuk anda akan hamil dengan cepat. 

Anda perlu memastikan anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari banyak kumpulan warna yang berbeza - itulah cara mudah untuk memastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang penting di dalam diet anda .


Asid folik adalah vitamin yang sangat penting ketika mengandung, tetapi ia juga penting bagi wanita yang cuba untuk hamil. Makanan yang kaya dengan asid folik biasanya hijau - jadi cuba makan lebih brokoli dan bayam.

Makan tenusu , buah-buahan , daging dan protein dalam kuantiti yang wajar juga akan membantu anda untuk meningkatkan kesihatan anda.
Cuba masukkan dua atau tiga bahagian tenusu ke dalam diet anda setiap hari, tetapi pastikan anda mengimbanginya dengan memakan banyak buah-buahan , sayur-sayuran dan daging tanpa lemak atau ikan. Idea ini adalah untuk mendapat manfaat daripada semua kumpulan makanan yang berbeza !



Ambil Vitamin

Terdapat beberapa nutrien penting yang badan anda akan perlukan untuk hamil. Vitamin-vitamin berikut perlu terus diambil sebaik sahaja anda hamil.

Vitamin E
zink
asid panthothenic
kalium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
thiamin B6
Riboflavin
Niacin

Jangan risau tentang dari mana anda boleh dapatkan nutrien dan vitamin yang disenaraikan kerana Shaklee ada jawapannya.


Berat yang seimbang

Berat badan berlebihan atau kekurangan berat badan boleh mengurangkan kemungkinan anda untuk hamil.
Oleh itu, apabila anda cuba untuk mengandung, anda benar-benar perlu untuk mempunyai berat badan yang seimbang. Sebaik-baiknya BMI anda (Body Mass Index) hendaklah sekurang-20-25. Jika BMI anda lebih atau rendah, maka kemungkinan besar peluang anda untuk mengandung menurun..

Selain itu, berat badan berlebihan juga meningkatkan peluang tekanan darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung, dan boleh menyumbang kepada komplikasi dalam kehamilan juga.

Anda boleh kira  BMI anda di sini


Untuk yang mengalami masalah berat badan berlebihan, anda boleh cuba tukar cara pemakanan anda.

Selain menukar cara pengambilan makanan, anda sentiasa boleh mencuba Set Kurus Terbaik Shaklee yang selamat. Elakkan daripada mengambil pil-pil kurus yang anda tak tahu keselamatannya. Takut nanti sebelum kurus, anda dapat masalah lain.



Kafein

 Penyelidik sebelum ini telah mencadangkan bahawa wanita yang mempunyai masalah kesuburan tidak akan mendapat manfaat daripada minum banyak kopi.

Rupa-rupanya mereka yang minum lebih daripada empat cawan barangan yang hitam sehari boleh mengurangkan peluang mereka untuk jatuh hamil dengan kira-kira 26%.

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat wanita yang mempunyai masalah kesuburan, jadi kebanyakan wanita tidak perlu merasa bersalah tentang mempunyai cawan pagi kopi. Tetapi, anda harus mengelak daripada minum banyak kafein.







Tahu kitaran anda

Kebanyakan pegawai perubatan bersetuju bahawa wanita lebih cenderung untuk hamil dalam masa sehari atau lebih ovulating.

Anda biasanya ovulate dua minggu selepas hari pertama haid anda, jadi melakukan hubungan seks yang masa ini adalah sesuai. Untuk pengetahuan anda, sperma tinggal sehingga 7 hari, dan telur mempunyai jangka hayat yang lebih pendek - mereka hanya 'hidup' selama 12 hingga 24 jam selepas ianya keluar. Jadi, disebabkan inilah, penting bagi kita untuk mengetahui waktu subur kita.





Ovulation Test boleh dibeli di farmasi untuk memudahkan anda tahu bilakah waktu yang subur anda.


Tips-tips yang seterusnya akan saya 'bongkar' dalam entry yang seterusnya. Stay tuned ;)



VIVIX SHAKLEE HEBAT

Mesti ramai yang tertanya-tanya..hebat sangat ke VIVIX tu? Haaa..hebat ke? Meh saya nak bgtau hebat ke tak VIVIX ni sampai bila ada customer yang repeat order sampai 7 botol.

VIVIX hebat kerana ia dapat memperlahankan proses penuaan pada peringkat sel. Kalau anda lihat produk-produk yang ada di pasaran, mereka lebih fokus kepada menjaga kecantikan dari sudut luaran. Ye, saya tak nafikan yang penjagaan kulit dari luar semestinya penting. Tetapi..kalau kecantikan yang luar sahaja yang diberi perhatioan, macam mana dengan toksin-toksin terkumpul yang menyebabkan kulit anda bermasalah? Pakailah apa pun produk muka, kecantikan dari dalam masih tak dapat diperbaiki.

VIVIX Shaklee yang Hebat ni mengandungi 4 ramuan utama iaitu:

  • Purple Carrot
  • Muscadine Grape
  • European Eldeberries
  • Polyganum Cuspidatum 


Purple Carrot 





Purple carrot yang terkandung dalam VIVIX Shaklee hebat kaya dengan resveratrol. Ia adalah agen anti penuaan, anti kanser, dan anti radang yang paling efektif di dunia.



Muscadine Grape




Muscadine Grape juga adalah di antara ramuan VIVIX Shaklee Hebat. Ia kaya dengan polifenol dan sangat efektif untuk ubati kanser. Tahukan anda yang saiz sebiji buah anggur ni bersamaan sebiji bola golf. Di Malaysia, terdapat pasaray yang menjual sebiji buah anggur ini dengan harga RM100. Harganya sahaja dah menunjukkan betapa hebatnya buah ni kan?



European Elderberries




Ramuan ini sangat baik dalam memperkukuhkan sistem imun dalam badan kita. Ia sangat berkesan dalam melawan jangkitan virus dan flu. Selain tu, ia juga baik untuk menentang asma, diabetis dan batuk.


Polyganum Cuspidatum


Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun. Ia adalah sumber resvaratrol yang melambatkan proses penuaan. Selain itu, ia jugak merendahkan kolestrol, tekanan darah dan mengurangkan berat badan. 


Anda tahu apa kandungan dalam VIVIX Shaklee Hebat ni kan? Dan saya pasti anda juga dah tahu sedikit sebanyak tentang kebaikan VIVIX Shaklee Hebat yang dibawa oleh ramuan-ramuan yang digunakan. Haa...bukan senang nak cari and dapatkan ramuan ni sendiri kan? Tambah pulak yang betul berkualiti macam yang dah disediakan oleh Shaklee.

Point penting yang anda perlu tahu tentang VIVIX Shaklee Hebat ni adalah..ia memulihkan DNA yang rosak pada peringkat sel. Ia bukan menambah baik tapi memulih. Sebab tu orang yang mengamalkan VIVIX Shaklee Hebat Insyaallah akan mendapat kesihatan optimum. Jika disertakan dengan pengambilan supplemen lain, dengan izin tuhan akan mempunyai kesihatan yang cukup unggul.

So, bahan-bahan yang dicampur ni sangatlah bermanfaat untuk sesiapa yang:

  • Ingin menurunkan berat badan
  • Ingin mendapat kulit yang cantik, sihat, mulus dan awet muda
  • Menghidap penyakit kanser 
  • Heavy smoker
  • Menghidap stroke
  • Mempunyai darah tinggi
  • Menghidap penyakit kencing manis
  • Mempunyai gout
  • Mempunyai osteoperosis
  • Menpunyai penyakit arthritis
  • Mempunyai masalah berkaitan mata seperti katarak dan glaukoma dan banyak lagi penyakit-penyakit lain.



Cubalah ambil VIVIX Shaklee Hebat ni dan rasakan perubahannya. Tak kenal maka tak cinta. Jom cuba unuk kesejahteraan anda dan keluarga :)


p/s: Vivix tidak sesuai untuk ibu mengandung.


Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, anda boleh hubungi: