Tuesday 30 December 2014

TIPS BERHENTI MEROKOK DENGAN SANGAT MUDAH TANPA WITHDRAWAL SYMPTOM

Dalam post saya sebelum ini, saya ada share tentang macam mana nak berhenti merokok. Semua tips yang saya senaraikan dalam entry saya tu adalah cara yang amat common. Mungkin anda dah biasa baca or dengar tentang cara-cara tersebut.


Ada di kalangan kita dah cuba bermacam-macam cara untuk berhenti rokok termasuk dengan mencuba rawatan tradisional. Tapi, masih belum berjaya. Di mana silapnya anda rasa? Kadang-kadang keadaan ni pun boleh menjatuhkan semangat seseorang.





Selepas saya share tips yang mungkin ramai dah tahu, saya nak share cara yang sangat mudah. Saya ulang..SANGAT MUDAH untuk anda berhenti merokok. Bukan sahaja ia sangat mudah, malah withdrawal symptom pun tak ada. Saya pasti ramai yang tercari-cari ikhtiar yang macam ni.

  1. MUDAH
  2. TANPA WITHDRAWAL SYMPTOM

Antara withdrawal symptom yang biasa dialami oleh perokok yang nak berhenti rokok adalah:

1. Stress
2. Sakit kepala
3. Pendek nafas
4. Loya
5. Batuk teruk
6. Berdebar-debar dan sebagainya

Produk yang saya nak perkenalkan hari ni bukanlah asing lagi sebenarnya. Ia telah digunakan oleh ramai rakyat Malaysia, dan kesan daripada produk ni pun memang dah terbukti, dirasai sendiri, terutamanya yang consume vitamin ni untuk berhenti merokok.


Produk yang saya sebutkan ni adalah VIVIX Shaklee. VIVIX Shaklee adalah produk premium kami yang dapat membantu pelbagai masalah.


Apa yang best bila seseorang ambil bitamin ini untuk berhenti rokok adalah, vitamin ni tak bagi kesan withdrawal kepada anda. Dengan izin tuhan, and tak mengalami withdrawal symptom seperti yang disenaraikan di atas tu.


Jadi, anda boleh bekerja dan membuat aktiviti seharian anda dengan jayanya. Di samping itu, anda juga boleh mendapat manfaat kesihatan yang lain seperti menjadi lebih bertenaga, kulit lebih baik, dan sebagainya.


Saya pasti, ini adalah penantian ribuan lelaki dan wanita di luar. Siapa mahu membahayakan keadaan orang sekeliling, terutamanya keluarga tercinta. Saya juga pasti ramai isteri yang inginkan suami mereka bebas dari cengkaman rokok yang merbahaya. Jadi, jangan berlengah untuk berhenti merokok kerana anda layak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.






Saya sertakan video seorang customer Shaklee yang telah mengambil VIVIX untuk berhenti merokok. Cuba anda tonton video menarik ni.




Semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda. Bagi yang mahu berikhtiar dan mencuba VIVIX Shaklee, anda boleh menghubungi saya di talian di bawah, atau mengisi borang pesanan di sini.


Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, sila hubungi:





TIPS BERHENTI MEROKOK

Semua sudah sedia maklum yang rokok itu amatlah berbahaya kepada diri dan orang di sekeliling. Di negara maju, rokok dah menjadi penyebab utama kepada penyakit dan kematian di kalangan golongan muda. Secara purata, seorang perokok tegar mempunyai jangka hayat kurang 10 tahun berbanding orang yang tidak merokok.




Kematian yang disebabkan oleh rokok kebanyakannya bukannya berlaku secara mengejut, tapi pesakit mempunyai masa hidup berthaun-tahun dengan keadaan yang tidak sihat seperti mempunyai masalah pernafasan dan lelah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Seksanya,kan?


Islam pun dah meletakkan hukum sebagai haram kepada perbuatan merokok tu sendiri. Mungkin secara jelasnya rokok ni memang menjejaskan kesihatan perokok sendiri, dan orang di sekeliling. Mana tidaknya, apa yang kita ada sekarang, tubuh badan, panca indera, kekuatan, stamina dan sebagainya adalah anugerha tuhan. Tapi kita saja-saja pulak nak binasakannya.





Menurut Portal Rasmi Fatwa Malaysia, salah satu sebab rokok diharamkan adalah kerana:

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

Banyak lagi sebab kenapa rokok diharamkan. Anda boleh rujuk kat laman ni. 


Sekarang anda dah tahu keburukan merokok kan? Anda rasa nak merokok lagi?

Saya akan share tips untuk berhenti merokok. Tips ni anda kena buat sendiri tau. 



Tips-tips berhenti merokok:
Bagi mereka yang sedar dan berazam untuk berhenti merokok, di sini saya berikan beberapa tips untuk anda cuba.


1  1.      Tuliskan sebab mengapa anda mahu berhenti merokok.
      Simpan apa yang anda tulis bersama anda. Kalau anda rasa putus asa, tengok balik apa yang dah anda tulis. Ini akan mengingatkan anda selalu dan mengembalikan semangat anda untuk berhenti merokok.



2   2.      Tentukan masa untuk anda berhenti merokok dan berhentilah serta merta.
      Ada yang berpendapat bahawa kita perlu berhenti merokok secara beransur-ansur, tetapi kajian menunjukkan bahawa dengan menghisap kurang bilangan rokok, akan menyebabkan anda menghisap dengan lebih kerap untuk setiap batang rokok menyebabkan kandungan nikotin yang disedut adalah sama. So, berhentilah dengan serta merta.




3  3.      Beritahu semua bahawa anda mahu berhenti merokok
      Ini penting agar orang disekeliling anda boleh memberi sokongan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh melemahkan semangat anda untuk berhenti merokok. Selain kawan-kawan, keluarga adalah orang yang penting untuk kita inform tentang perkara ni.

.



4   4.      Jauhkan diri anda dari rokok dan semua yang berkaitan dengannya.
      Jika selama ini anda hisap rokok bersama kawan-kawan anda di kedai kopi, selepas ni elakkan melepak di kedai kopi sekiranya anda betul-betul mahu berhenti merokok.



5.      Tandakan di kalendar setiap hari anda tanpa rokok. 
Dengan cara ini anda akan dapat tengok hari-hari anda tanpa rokok. Jadi setiap kali anda berasa ingin merokok, anda akan dapat lihat usaha yang anda dah buat untuk berhenti merokok. Anda akan dapat rasakan yang keinginan anda untuk merokok kembali hanya akan memusnahkan usaha anda selama ni.



6   6.      Berfikir secara positif
      Fikir bahawa dengan berhenti merokok, anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik, nafas anda akan lebih segar dan orang suka bergaul dengan anda. Dengan secara automatik, kehidupan anda akan jadi lebih baik.



7   7.      Makan! 
      Ramai yang mengatakan bahawa bila kita berhenti merokok, kita akan sentiasa lapar dan kerap makan. Apa yang anda perlu buat adalah, kawal perasaan tersebut dengan mengambil makanan yang rendah lemak dan gula atau sentiasa mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula.



8   8.      Jangan sedih jika anda gagal. 
]     Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang berjaya berhenti merokok sepenuhnya adalah mereka yang telah melalui proses percubaan berhenti merokok sebanyak 3 hingga 4 kali. So, don't give up dan  teruskan mencuba.



9    9.      Bersedia untuk menghadapi kesan-kesan sampingan daripada berhenti merokok.
      Seperti pengambilan ubat dan dadah, berhenti merokok akan menyebabkan anda mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘withdrawal symptom’. Ini kerana badan anda telah biasa dengan keadaan bernikotin, dan ketiadaan bahan ini memerlukan masa untuk penyesuaian kepada badan. Anda akan berasa loya, pening kepala, berdebar-debar, ketagihan, berasa tidak sihat dan sebagainya. Keadaan ini akan dialami selepas 12-24 jam anda berhenti merokok dan akan hilang secara beransur-ansur selepas 2-4 minggu.



1   10.  Bersedia untuk batuk.
      Seperti yang dinyatakan sebelum ini, berhenti merokok akan menghidupkan kembali fungsi saluran pernafasan yang sepatutnya bertindak sebagai perisai daripada kuman-kuman dan bakteria daripada sampai ke paru-paru. Apabila saluran pernafasan kita berfungsi semula, ia akan menyebabkan anda kerap batuk dan mungkin menjadi semakin teruk. Pastikan keadaan ini tidak mematahkan semangat anda untuk berhenti merokok.


Memang tak dinafikan bahawa ramai yang mengatakan bahawa jika perokok nak berhenti merokok, mereka akan mengalami keadaan yang lebih teruk seperti yang dinyatakan di atas. Tapi, itu adalah kesan badan anda bertindak terhadap keadaan baru di mana pengambilan nikotin dan bahan kimia lain tidak lagi diambil.


Jadi, jangan pulak anda takut untuk berhenti disebabkan withdrawal symptoms ni. Untuk kita dapat satu keadaan yang lebih baik, biasalah kalau dikatakan kita akan lalui jalan yang susah dulu kan? So, selamat mencuba dan selamat mendapat kehidupan yang lebih baik :)





Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang :)


Untuk mendapat konsultasi percuma dari saya, anda boleh hubungi:







Tuesday 23 December 2014

PENGALAMAN PUAN AIDA TURUN BERAT BADAN 15 KILO DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum..

Hari ni hari yang sangat tenang untuk saya. Banyak perkara dah selesai weekend lepas. So, legaaa sangat!


Bila keadaan tenang ni, baru boleh nak cerita satu cerita best. Cerita ni tentang customer setia saya yang amalkan Set Mengandung Shaklee sepanjang kehamilan beliau, dan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang.


Puan Aida yang cantik ni orangnya memang concern tentang berat badan beliau...tapi saya rasa semua orang perempuan pun macam tu kan? hehe. Jadi, sejak awal mengandung anak kedua, Puan Aida telah buat keputusan yang sangat bijak dengan mengambil Set Mengandung Shaklee. Tiap-tiap pagi ESP dan susu lah sarapan beliau.


Teringin nak kurus macam Nora Danish lepas bersalin hehe


Dengan pengambilan Set Mengandung Shaklee ni, Puan Aida tak ada masalah penambahan berat badan yang mendadak waktu mengandung. Berat badannya naik 12 kilogram sahaja. Ada ibu-ibu yang berat badan mereka naik sangat mendadak dengan banyaknya. Ada yang sampai 20 - 30 kilogram. Ibu-ibu perlu tahu yang penjagaan makan pun sangat penting sewaktu mengandung.


Alhamdulillah, dengan berat badan yang tak naik banyak ni, Puan Aida memang berada dalam keadaan yang sangat selesa sewaktu kehamilan beliau. Sebagai seorang pendidik yang mengajar selama lebih kurang 24 jam seminggu dalam keadaan mengandung, beliau tetap bersemangat di tempat kerja.



Yang lagi best tentang pengalaman mengandung dan bersalin Puan Aida adalah, berat badan beliau turun lebih dari yang naik. Puan Aida dapat menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram sepanjang proses berpantang. Nurse di klinik pun terkejut dengan penurunan yang banyak ni. Alhamdulillah tuhan permudahkan urusan Puan Aida.



Proses bersalin Puan Aida pun mudah walaupun berat anak beliau 4 kg. Haaa..kagum kan? Luka bersalin beliau baik dalam masa seminggu. Alhamdulillah kejayaan ni dapat beliau rasa dengan mengamalkan supplement dan vitamin Shaklee.




SUSU BANYAK SEWAKTU BERPANTANG

Lepas je Puan Aida bersalin, beliau meneruskan proses berpantang dengan Set Bersalin Shaklee, dengan tambahan rawatan tradisional seperti berbengkung, bertangas, bertungku dan sebagainya. Apa yang menarik sewaktu Puan Aida berpantang adalah, susu badan beliau sangat meriah.


Bila susu badan cukup untuk baby, baby seharusnyalah happy. Kata beliau baby pun tidur nyenyak je. Puan Aida pun boleh gunakan masa yang ada untuk berehat dengan secukupnya.


Saya gembira bila Puan Aida dapat manfaat dari Set Mengandung dan Set Bersalin Shaklee. Beliau telah pun menyertai kami, ahli keluarga Shaklee setelah berpuas hati dengan produk 100% semulajadi ni.


Insyaallah saya akan kongsikan cerita-cerita menarik tentang Shaklee yang memang best ni lagi ye. Jumpa lagi!


Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, anda oleh hubungi:







Monday 8 December 2014

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN

Vitamin C adalah vitamin yang popular dan sebenarnya penting untuk badan kita. Dari kecil lagi telinga kita biasa dengar tentang vitamin ni. Mak ayah kita pun selalu bagitau yang kita kena pastikan badan kita cukup dengan vitamin ni. 

Tapi pernah tak anda tertanya-tanya, apa penting sangat Vitamin C untuk badan anda?


Penting sangat ke?


Hari ni saya nak kupas tentang kepentingan vitamin c terhadap tubuh badan kita. Penting sangat Vitamin C ni pada tubuh badan kita tau. Jom check!



1. IMUNISASI

Pengambilan Vitamin C dengan dos yang betul dapat melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigiIa juga meningkatkan keupayaan badan dalam memulihkan luka dan badan kita juga akan terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Selain itu, Vitamin C diperlukan oleh tubuh badan untuk bina kolagen, iaitu struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu mempercepatkan luka sembuh, dan ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. DEMAM

Vitamin C berfungsi membantu mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.



3. ANTI-OKSIDA

Percaya atau tidak, Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. TEKANAN DARAH TINGGI

Vitamin C boleh membantu untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, ia membantu pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.





5. SALURAN DARAH

Vitamin C membantu saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6. KERACUNAN PLUMBUM

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah tumbesaran, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi.



6. PENGURANGAN BERAT BADAN

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan ideal. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.







7. KATARAK

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, penglihatan akan menjadi kabur. Orang dewasa yang mengalami masalah ini boleh mengakibatkan buta. 




8. KANSER

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C ini boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi. Ini seterusnya dapat mengelakkan seseorang dari risiko barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah berfungsi dengan mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badasupaya boleh melawan sel barah.



9. TENAGA

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan. Jadi, badan kita akan menjadi lebih cergas dan insyaallah dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.



10. SAKIT JANTUNG

Vitamin C membantu menghalang seseorang dari terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.





11. DIABETES

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C. Macam mana? Ini kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes. Dengan mengambil Vitamin C, kita boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



12. ASMA/LELAH
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Sekarang anda tahu kan apa punca jangkitan asma? Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan. Ini dapat membantu seseorang dari terkena jangkitan asma.




Sumber makanan yang mengandungi Vitamin C



Penting sebenarnya untuk kita pastikan bahawa badan kita mendapat bekalan Vitamin C yang cukup. Bukan sahaj untuk kecantikan, tapi Vitamin C amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Mungkin kita tak sedar yang fenomena di Malaysia ini, di mana ramai orang-orang muda yang menghidap penyakit kronik. 

Dengan sedikit perkongsian dari saya, saya harap dapatlah kita sama-sama bangkit dengan kesedaran untuk hidup dengan sihat.


Semoga dapat kita jumpa lagi di entry yang akan datang :)



Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, anda boleh hubungi:








Sunday 7 December 2014

BIRTHDAY AND ANNIVERSARY CELEBRATIONS

Salam Isnin semua. Diharapkan hari kita 'sihat' dan ceria after dah dua hari berhujung minggu.

Apa aktiviti anda hujung minggu lepas? Best tak? :)

Minggu lepas saya adalah minggu yang membahagiakan..hehe. Sebabnya saya sambut ulangtahun kelahiran dan perkahwinan. Double celebrations gitu. Tapi ulangtahun kali ni, kami sambut di Pulau Pinang..di Mom & Baby Expo. Mencari barang untuk si kecik yang akan lahir nanti. Pengalaman pertama kami as a parents. Memang best!



Dapatlah kami grab barang-barang baby sikit. Bila nak jadi parents ni, barulah tau betapalah mak ayah bersusah payah untuk kita dulu. Dari kecik smpai besar diorang jaga kita. Jagalah mak ayah kita selagi diorang ada.

Ahad pulak kami suami isteri habiskan masa di dapur menguli tepung  buat roti canai. Bonding activity as a married couple. Dulu-dulu zaman bujang pegi keluar jalan-jalan, sekarang lainla pulak aktivitinya. Kali ni husband yang bekerja keras dari awal sampai habis. Kita nak uli dia tepung dia tak bagi, takut pressure and penat katanya. Jadi saya jadi pemerhati je la.



Inilah tepung yang diuli dan dibentukkan jadi bentuk bulat sebelum ditebar. Saya tukang sapu margerin je dekat doh tu atas arahan Chef Suami :D



Ni pulak rupa roti yang dah siap kami goreng. Alhamdulillah dapat jugak kami makan roti canai buatan sendiri. Dijamin bersih dan halal :)


Saya harap anda pun berhujung minggu dengan ceria.

See you in the next entry :)

Wednesday 3 December 2014

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN

Salam sejahtera semua.

Hari ni kami nak share tentang kisah gembira seorang pengguna Set Bersalin Shaklee dari Lahad Datu,Sabah. Beliau membeli Set Bersalin Shaklee dari kami untuk digunakan semasa berpantang selepas melahirkan anak ketiga.

Menurut pelanggan yang kami sayangi ini, beliau mengalami pengalaman berpantang selepas bersalin yang berbeza setelah menggunakan Set Bersalin Shaklee. Pengalaman bila dah bersama Shaklee ni, mestilah yang best kan.. ;)

Banyak sebenarnya side effect yang bagus yang boleh kita dapat dengan vitamin Shaklee.

Meh saya ceritakan apa perbezaan yang dikatakan pengguna Set Bersalin Shaklee ni.

Testimoni banyakkan susu dengan Set Bersalin Shaklee

Jika dulu dengan Set Bersalin lain semasa berpantang anak pertama dan anak kedua, beliau tidak berjaya dalam penyusuan susu ibu. Bersama dengan anak pertama kata beliau, susu sangatlah sedikit. Kesian pada anak jugak. Bersama anak kedua pula menurut pelanggan kami ni, susu beliau sangat cair sehingga baby tak nak susu.

Alhamdulillah dengan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang anak ketiga, beliau berjaya menyusu anak beliau secara exclusive dengan susu ibu.Amat berbeza pengalaman berbanding dengan anak pertama dan anak kedua. Penyusuan dengan susu ibu tu sangat penting untuk bayi. Jadi, dengan rezeki menyusu yang beliau dapat, insyaallah anak beliau akan membesar dengan sihat.



Testimoni Set Bersalin Shaklee untuk kurus badan.

Bab nak kuruskan badan selepas bersalin ni memang sesuatu yang semua ibu akan fikir. Mana tgaknya, bila mengandung, biasalah berat badan kita akan naik secara mendadak. Itu adalah keadaan yang normal. Tapi dalam seronok membawa perut tu pun, mesti kita terfikir, boleh ke nak dapat berat asal, atau lebih kurus lagi dari dulu. Wanita manalah yang tak nak kurus kan?

Tapi, pelanggan kami yang ada pengalaman bersalin dan mengambil Set Bersalin Shaklee, ada yang berjaya menurunkan berat badan mereka dengan jayanya. Di sini saya kongsikan satu kisah daripada pelanggan kami.

Perkongsian beliau tentang ini amat membuatkan kami teruja sekali. Menurut beliau, sebelum hamil berat badan beliau ialah 82kg dan menjelang trimester terakhir berat badan meningkat ke 88kg.

Dalam masa sebulan menggunakan Set Bersalin Shaklee berat badan telah turun menjadi 71kg. Wow lagi rendah dari semasa sebelum hamil! Alhamdulillah, dengan izin Allah pelanggan kita ni dapat menjalankan kehidupan dengan lebih selesa insyaallah.

Selain daripada manfaat untuk membantu banyakkan susu ibu dan menurunkan berat badan, pelanggan yang kami hormati ini turut berkongsi tentang bertenaga sepanjang berpantang walau menjaga 3 anak kecil sendiri. Sangat mengujakan bukan?



Alhamdulillah dengan kisah gembira begini kami amat bersemangat untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee dengan orang ramai.

Terlalu ramai ibu mengandung yang ingin mendapatkan pemulihan terbaik selepas bersalin, tapi tidak ramai yang berjaya kerana tersalah pilih produk.

Tahniah diucapkan kepada anda yang telah memilih untuk menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Khidmat konsultasi exclusive untuk penyusuan susu ibu dan berpantang, special untuk semua customer dan pelanggan VVIP kami yang amat kami sayangi.

Jumpa lagi dalam entry akan datang 


Untuk mendapat konsultasi percuma dari saya, anda boleh hubungi:






Sunday 30 November 2014

SET BERSALIN SHAKLEE, PENGALAMAN SAHABAT KAMI PUAN AIZZAH DARI PENANG

Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang?


Ramai yang takut nak percaya sebab kita dah biasa dengan herba dan jamu semasa berpantang. Ada juga yang berasakan macam tak cukup je kalau berpantang dengan Vitamin Set Bersalin Shaklee.

Saya pasti yang salah satu dilema seorang ibu yang bakal melahirkan, terutamanya anak sulung adalah untuk memilih set bersalin yang plaing bagus. Ini kerana semua ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan juga untuk diri sendiri. Seperti yang semua ibu sedia maklum, bersalin dan untuk pulih seperti sediakala bukan mudah. Ada sesetengah ibu yang mengalami tekanan ketika berpantang disebabkan tekanan yang datang dalam pelbagai bentuk seperti :


  • Kurang tidur - itu sudah semestinya bagi ibu-ibu yang berpantang
  • Anak kecil meragam - kurang susu, kembung perut antara yang sering dialami oleh newborn baby
  • Terpaksa menguruskan anak-anak yang lain yang pelbagai ragam - bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah
  • Luka bersalin yang lambat sembuh - terutama yang bersalin cara pembedahan
  • Situasi di luar jangkaan - bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulung yang tidak pernah menjangka akan berhadapan dengan situasi yang meletihkannya



Apa pun bentuk tekanan yang dihadapi oleh para ibu faktor penyebab haruslah diberi perhatian yang lebih.

Saya nak kongsikan kisah Puan Aizzah yang best ni. Jom kita baca pengalaman beliau dari melahirkan anak yang pertama sehingga beliau berjumpa dengan Shaklee akhirnya :)


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak Sulung.
Pengalaman saya bersalin dan berpantang anak sulong memang benar-benar mengejutkan saya. Sebagai bakal ibu yang tidak pernah melalui situasi bersalin dan berpantang sudah pasti saya tertanya-tanya bagaimana rasanya sakit bersalin.

Rasa teruja yang terlalu tinggi menyebabkan saya jadi tidak keruan bila berhadapan dengan tanda untuk bersalin dan ketika itulah keluarga memainkan peranan penting dalam menenangkan saya yang dalam kesakitan.

Saya rasa sakit kontraksi sekitar pukul 10.00am dan dimasukkan ke wad sekitar pukul 3.00pm. Kontraksi jadi semakin kuat sekitar 7.00pm sehingga 11.00pm tapi bukaan masih 1 cm. Ketika itu, Allah SWT saja yang tahu bagaimana situasi saya yang tidak pernah menjangkakan sakit bersalin seperti yang telah dirasakan.

Pada sekitar pukul 4.00am, dalam menahan rasa sakit tiba-tiba saya rasakan letupan kecil seperti belon pecah diperut dan pada masa yang sama kain dan katil saya basah. Rupanya waktu itu air ketuban saya pecah. Dalam kesakitan saya mampu lagi tersenyum kerana merasakan pengalaman itu sangat menarik. Walau bagaimanapun bukaan baru 1.5 cm. Memang ketika itu saya hanya mampu menangis menahan kesakitan. Dalam fikiran ketika itu bukaan 1.5cm pn dah rasa sakit macam ni apalagi bukaan 10cm, Yang terbayang ketika itu hanya wajah ibu ketika melahirkan saya. Dalam hati aku berdoa "Ya Allah ya Tuhan ku lindungilah ibu ku Ya Allah".


Tepat pukul 8.30am, saya dimasukkan ke labour room setelah bukaan 4.5cm. Ketika itu memang saya sudah tidak bertenaga lagi dan apa yang lebih merisaukan saya ketika itu ialah saya tak mampu untuk meneran. Lalu saya minta epidural diberikan agar kesakitan menjadi kurang dan saya mampu untuk bertenang ketika bersalin.

Alhamdulillah, epidural ketika itu benar-benar membantu saya mengurangkan kesakitan yang saya alami. Tepat 1.00pm saya sudah tidak mampu bertahan dan merasakan kesakitan yang semakin kuat sehingga epidural pun dirasakan sudah tidak mampu menahan kesakitan itu dan ketika itulah saya diminta untuk meneran. Seperti yang saya jangka, saya sudah tidak bertenaga untuk meneran dan 10 minit berlalu baby masih belum dapat keluar.

Ketika itu saya terdengar kata-kata bidan lagi 5 minit saya tak bersalin juga mereka terpaksa vakum baby keluar. Masa yang sama juga suami yang sedari awal berada disisi memberi sokongan meminta saya meneran sehabis baik dan kata-katanya ketika itu masih segar dalam ingatan..
"Mama, kali ni teran sekuat-kuatnya...kesian kat baby"
Bila dengar saja permintaan itu saya pun menarik nafas sepanjang yang saya mampu ketika itu dan bila mendengar suara bidan meminta saya meneran, saya pun mengerah sisa tenaga yang ada meneran sekuat yang mungkin dan akhirnya setelah 26 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat 1.15pm saya selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg.

Belum habis rasa trauma bersalin, situasi berpantang juga sangat membuatkan saya terkejut. Ketika itu baby sering menangis malam. Air susu kurang menyebabkan anak sering meragam dan turut mengalami masalah sembelit serta kembung perut. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu betapa saya tertekan. Luka jahitan lambat sembuh sehingga memakan masa 20 hari untuk sembuh. Masa tu saya memang tak lalu minum pati ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan pil ikan haruan untuk sembuh.

 Badan pula memang rasa sakit dan tidak bertenaga. Malah sehingga hari ke-40 pun saya masih lemah dan ketika itu saya cuma makan pil jamu. Masa berpantang anak sulong saya langsung tidak melakukan sebarang kerja rumah dan lebih banyak berehat dan berbaring, tapi badan tetap lemah dan tak bertenaga. Makan pula memang tak lalu dan kadang-kadang diserang gastrik dan sembelit. Memang kalau nak kata saya tertekan, memang saya mengaku saya sangat tertekan ketika itu. Walaupun sehingga habis pantang tenaga saya masih tidak pulih.

Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-2.

Masa berlalu dan apabila anak sulung saya berusia 8 bulan, saya disahkan hamil sekali lagi. Masa tu saya tak tau nak kata apa sebab trauma bersalin dan berpantang anak sulung masih terasa. Tetapi apa yang membuatkan saya menerima berita tersebut dengan gembira dan hati terbuka ialah Allah SWT ingin memberikan rezeki yang tidak ternilai yang tak semua insan dapat iaitu zuriat. Oleh sebab itu saya terus mempersiapkan diri dengan kekuatan mental, rohani dan jasmani agar saya mampu berdepan dengan apa jua situasi yang bakal saya hadapi.

Alhamdulillah, di awal kehamilan saya tidak mengalami alahan teruk sama seperti hamil anak yang sulung dulu. Walau bagaimanapun, ketika kandungan mencecah 7 bulan, turun tanda awal bersalin menyebabkan saya diberikan suntikan untuk membantu paru-paru baby matang dan doktor meminta saya berehat dirumah tanpa membuat sebarang kerja berat. Ketika kandungan mencecah 8 bulan doktor mengesahkan baby sudah memasuki laluan dan bila-bila masa boleh bersalin.

Ketika itu saya rasa berdebar dan berdoa semoga anak saya lahir cukup bulan. Alhamdulillah doa saya dan keluarga dimakbulkan Allah SWT apabila genap usia kandungan saya 38 minggu turun tanda awal bersalin. Saya dimasukkan ke wad pukul 9.00 malam yang mana ketika itu bukaan adalah 2cm. Sekitar pukul 12.30am, saya rasakan kontraksi semakin kuat dan doktor mengesahkan bukaan dah 5cm dan saya dimasukkan ke labour room.

Memang bersalin kali ke-2 ni bukaan agak cepat apabila sekitar pukul 2.00am bukaan dh masuk 7cm. Sekitar pukul 2.45am bukaan dah penuh dan sekitar pukul 2.55am saya selamat melahirkan anak ke-2. Walau bagaimanapun, kesakitan yang dialami memang tak mampu ditanggung sehingga diluar sedar saya menjerit kesakitan. Ketika itu doktor memberikan saya gas etonox agar saya mampu menahan kesakitan, tapi kesakitan tersebut membuatkan saya jadi tak tenang dan tak mampu menyedut gas tersebut dengan baik akhirnya saya sendiri rasa mabuk dan hampir pitam. Saya tak pasti pula keadaan suami ketika itu melihat keadaan saya kerana saya sudah tak mampu untuk bercakap dengannya dan hanya menjerit kesakitan.

Setelah selamat melahirkan anak ke-2, pengalaman berpantang kali ini berbeza sedikit dengan pengalaman anak sulong. Kali ni anak kurang meragam, kurang menyusu dan lebih banyak tidur. Walau bagaimanapun, baby tak mengalami sembelit dan kembung perut kerana lebih banyak menyusu badan. Namun susu badan pula yang sedikit dan menjadi kering selepas habis berpantang.

Ketika pantang kali ni saya mengambil jamu Indonesia yang mana penggunaanya amat rumit dan meletihkan. Walaupun agak bertenaga sedikit berbanding berpantang sebelumnya, namun luka jahitan juga lambat sembuh dan saya terpaksa berulang-alik ke hospital akibat jahitan terbuka. Kali ini saya langsung tak mengambil pil ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan jamu tersebut. Berpantang anak ke-2, saya terpaksa menguruskan anak sulung. Walau turut dibantu ahli keluarga tapi saya tetap keletihan dan merasa sedikit tertekan.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-3 Menggunakan Vitamin Shaklee.

Masuk bab ni memang saya sangat teruja dan tak sabar untuk bercerita. Setelah hampir 3 tahun berlalu, saya disahkan hamil anak ke-3. Ketika itu saya dan suami la insan yang paling gembira sekali. Seperti sebelumnya, di awal kehamilan kali ini juga saya tidak mengalami alahan yang teruk sama seperti kehamilan pertama dan ke-2, yelah mungkin sudah rezeki saya.

Walau bagaimanapun, apabila kehamilan saya mencecah usia 29 minggu saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat reduce fetal movement (baby kurang gerak). Akibat kes yang sama juga sekali lagi saya dimasukkan ke wad ketika kehamilan mencecah 32 minggu. Ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu betapa risaunya saya ketika itu.

Akibat kes tersebut, saya mula membuat persediaan awal. Saya juga mula mencari jamu yang sesuai untuk berpantang. Apa yang pasti, saya tak mahu jamu yang saya guna masa berpantang anak sulung dan ke-2. Dalam pening mencari jamu yang sesuai, beberapa orang rakan mencadangkan saya mengambil vitamin Shaklee. Disebabkan baru pertama kali mendengar nama vitamin tersebut dan kurang keyakinan yang vitamin boleh digunakan ketika berpantang. Saya mula mencari info tentang vitamin tersebut dan akhirnya penerangan yang saya terima tentang Shaklee berjaya meyakinkan saya untuk membeli Set Bersalin Premium Shaklee





Set Bersalin Shaklee

Ketika kehamilan mencecah 8 bulan, saya menghadapi masalah gastrik, kurang bertenaga dan kurang selera makan. Keadaan tersebut membuatkan saya risau tentang keadaan baby dalam kandungan. Akhirnya sekali lagi saya bertanyakan kepada pengedar saya pasal Set Kehamilan Shaklee. Apa yang membuatkan saya gembira bila mengetahui yang set kehamilan turut berada di dalam set bersalin yang telah saya beli. Hal tersebut sekurang-kurangnya telah membantu saya berjimat .

 Walau bagaimanapun timbul keraguan tentang kesannya kepada baby dalam kandungan. Namun saya beranikan diri untuk mencuba. Apa yang menakjubkan lepas 2 hari makan vitamin mengikut cara pemakanan yang betul akhirnya tanpa saya sedari masalah gastrik saya hilang dan kembali bertenaga. Selera makan juga kembali pulih dan menjadi semakin berselera untuk menjamah apa jua hidangan.

Apa yang lagi membuatkan saya teruja bila baby dalam kandungan semakin aktif dan apabila saya membuat pemeriksaan antenatal di klinik, Hb saya yang sebelum ini paling tinggi 11 berjaya naik hingga 13. Menakjubkan bukan terutama bagi saya yang tak pernah menjangkakannya.

Set Mengandung Shaklee

Apabila kehamilan mencecah 38 minggu, sekali lagi saya terpaksa masuk wad akibat kes yang sama iaitu baby kurang gerak dan ketika itu doktor pakar terpaksa mengambil keputusan melakukan induce ke atas saya. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu perasaan saya. Rasa takut membuak-buak lebih-lebih lagi bila teringat kata-kata rakan yang induce ni sakit daripada bersalin tanpa induce. Namun ku gagahkan juga diri berdepan situasi tersebut.

Sebelum diinduce saya sempat bersarapan dengan 2 keping roti dan ESP serta vitamin Shaklee. Saya diinduce pukul 2.00pm dan mula merasa sakit kontraksi pukul 3.00pm. Apa yang menarik, saya rasa kesakitan kali ni lebih kuat berbanding bersalin anak ke-2 tapi saya masih mampu tenang dan tak sedikit pun menjerit. Hanya air mata yang mengalir dan melihatkan keadaan tersebut jururawat terus memberikan saya gas etonox untuk menahan kesakitan. Sekali lagi saya rasa menakjubkan bila saya dengan tenang mendengar penerangan jururawat bagaimana menggunakan gas tersebut dengan berkesan. Sangat terharu bila saya berjaya menggunakan gas tersebut dengan berkesan dan memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit saya dan saya menjadi semakin tenang. Syukur saya pada tuhan pada ketika itu.

Pukul 4.15pm, saya meminta suami disisi memanggilkan doktor bila saya rasa sudah tidak mampu bertahan dan doktor tidak menyangka bukaan sudah penuh dan dah sedia untuk keluar. Ketika itu, doktor memberi penerangan bagaimana nak meneran dengan cara yang betul dan yang menakjubkan saya masih mampu mendengar penerangan tersebut dan berjaya meneran dengan penuh bertenaga.

Akhirnya pada pukul 4.30pm saya selamat melahirkan baby girl seberat 3.4kg. Walaupun kelahiran kali ini seberat 3.4kg berbanding anak sulong 2.7 dan ke-2 seberat 2.8, tapi apa yang membuatkan saya gembira dan bersyukur sangat kelahiran kali ini lancar tanpa sebarang luka dan ia memang pengalaman yang sangat menakjubkan.

Proses kelahiran yang pantas, penuh bertenaga, melahirkan baby seberat 3.4kg tanpa sebarang luka dan jahitan sesungguhnya itu adalah hadiah yang tidak terhingga dari Allah SWT dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan segala kejayaan hanya dengan izinNya jua.

Selesai bab bersalin, kini masuk fasa berpantang. Sekali lagi Shaklee memberikan keseronokan berpantang yang memang sangat mengujakan. Selepas sehari bersalin saya terus mengambil vitamin set bersalin dan saya ikut jadual pemakanan yang telah disarankan.

 Selepas 3 hari berpantang memang saya rasa bertenaga semula walaupun tidur tak cukup. Baby tidak meragam dan tak kembung perut. Air susu banyak dan pekat. pengurusan makan vitamin tidak rumit berbanding pengambilan jamu dan tidak meletihkan. Cuma bezanya hanya perlu minum air yang banyak kalau tak kemungkinan kita akan berdepan dengan healing crisis. 

Apa yang lebih menarik saya tiada masalah sembelit dan badan cepat kurus berbanding makan jamu. Rahim juga cepat kecut dan yang menariknya semasa membuat pemeriksaan postnatal Hb saya juga pekat iaitu 12.5. Kulit juga semakin berseri dan tidak pucat. Walaupun saya terpaksa mengurus anak-anak ketika dalam pantang tapi saya tak keletihan dan sentiasa bertenaga.

Saya juga tidak mengalami tekanan dan sentiasa rasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai kerenah anak-anak. Kesimpulannya, Shaklee memang menakjubkan dan tidak salah saya katakan di sini yang setiap lapisan masyarakat perlu memiliki Shaklee untuk kesihatan yang optimum.


Hebat pengalaman yang Puan Aizzah Zack kongsikan dengan kita. Sebagai ibu, bukan mudah untuk Puan Aizzah melalui semua keadaan yang memeritkan ini. Alhamdulillah akhirnya beliau telah berjumpa dengan jalan yang memudahkan beliau dalam urusan melahirkan dan berpantang

Bak kata orang putih, 'better late than never'. Syukur kepada Allah kerana memberikan Puan Aizzah merasa nikmat bahagia ketika melahirkan dan menjalani proses berpantang. Kita semua berikhtiar, Allah jualah yang memberi penyembuhan dan nikmat tersebut.


Untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee anda, dan mendapat konsultasi percuma dari saya, anda boleh hubungi: