Sunday 7 December 2014

BIRTHDAY AND ANNIVERSARY CELEBRATIONS

Salam Isnin semua. Diharapkan hari kita 'sihat' dan ceria after dah dua hari berhujung minggu.

Apa aktiviti anda hujung minggu lepas? Best tak? :)

Minggu lepas saya adalah minggu yang membahagiakan..hehe. Sebabnya saya sambut ulangtahun kelahiran dan perkahwinan. Double celebrations gitu. Tapi ulangtahun kali ni, kami sambut di Pulau Pinang..di Mom & Baby Expo. Mencari barang untuk si kecik yang akan lahir nanti. Pengalaman pertama kami as a parents. Memang best!



Dapatlah kami grab barang-barang baby sikit. Bila nak jadi parents ni, barulah tau betapalah mak ayah bersusah payah untuk kita dulu. Dari kecik smpai besar diorang jaga kita. Jagalah mak ayah kita selagi diorang ada.

Ahad pulak kami suami isteri habiskan masa di dapur menguli tepung  buat roti canai. Bonding activity as a married couple. Dulu-dulu zaman bujang pegi keluar jalan-jalan, sekarang lainla pulak aktivitinya. Kali ni husband yang bekerja keras dari awal sampai habis. Kita nak uli dia tepung dia tak bagi, takut pressure and penat katanya. Jadi saya jadi pemerhati je la.



Inilah tepung yang diuli dan dibentukkan jadi bentuk bulat sebelum ditebar. Saya tukang sapu margerin je dekat doh tu atas arahan Chef Suami :D



Ni pulak rupa roti yang dah siap kami goreng. Alhamdulillah dapat jugak kami makan roti canai buatan sendiri. Dijamin bersih dan halal :)


Saya harap anda pun berhujung minggu dengan ceria.

See you in the next entry :)

No comments:

Post a Comment