Monday 8 December 2014

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN

Vitamin C adalah vitamin yang popular dan sebenarnya penting untuk badan kita. Dari kecil lagi telinga kita biasa dengar tentang vitamin ni. Mak ayah kita pun selalu bagitau yang kita kena pastikan badan kita cukup dengan vitamin ni. 

Tapi pernah tak anda tertanya-tanya, apa penting sangat Vitamin C untuk badan anda?


Penting sangat ke?


Hari ni saya nak kupas tentang kepentingan vitamin c terhadap tubuh badan kita. Penting sangat Vitamin C ni pada tubuh badan kita tau. Jom check!



1. IMUNISASI

Pengambilan Vitamin C dengan dos yang betul dapat melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigiIa juga meningkatkan keupayaan badan dalam memulihkan luka dan badan kita juga akan terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Selain itu, Vitamin C diperlukan oleh tubuh badan untuk bina kolagen, iaitu struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu mempercepatkan luka sembuh, dan ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. DEMAM

Vitamin C berfungsi membantu mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.



3. ANTI-OKSIDA

Percaya atau tidak, Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. TEKANAN DARAH TINGGI

Vitamin C boleh membantu untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, ia membantu pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.





5. SALURAN DARAH

Vitamin C membantu saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6. KERACUNAN PLUMBUM

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah tumbesaran, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi.



6. PENGURANGAN BERAT BADAN

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan ideal. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.







7. KATARAK

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, penglihatan akan menjadi kabur. Orang dewasa yang mengalami masalah ini boleh mengakibatkan buta. 




8. KANSER

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C ini boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi. Ini seterusnya dapat mengelakkan seseorang dari risiko barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah berfungsi dengan mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badasupaya boleh melawan sel barah.



9. TENAGA

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan. Jadi, badan kita akan menjadi lebih cergas dan insyaallah dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.



10. SAKIT JANTUNG

Vitamin C membantu menghalang seseorang dari terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.





11. DIABETES

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C. Macam mana? Ini kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes. Dengan mengambil Vitamin C, kita boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



12. ASMA/LELAH
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Sekarang anda tahu kan apa punca jangkitan asma? Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan. Ini dapat membantu seseorang dari terkena jangkitan asma.




Sumber makanan yang mengandungi Vitamin C



Penting sebenarnya untuk kita pastikan bahawa badan kita mendapat bekalan Vitamin C yang cukup. Bukan sahaj untuk kecantikan, tapi Vitamin C amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Mungkin kita tak sedar yang fenomena di Malaysia ini, di mana ramai orang-orang muda yang menghidap penyakit kronik. 

Dengan sedikit perkongsian dari saya, saya harap dapatlah kita sama-sama bangkit dengan kesedaran untuk hidup dengan sihat.


Semoga dapat kita jumpa lagi di entry yang akan datang :)



Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, anda boleh hubungi:








No comments:

Post a Comment