Tuesday 30 December 2014

TIPS BERHENTI MEROKOK

Semua sudah sedia maklum yang rokok itu amatlah berbahaya kepada diri dan orang di sekeliling. Di negara maju, rokok dah menjadi penyebab utama kepada penyakit dan kematian di kalangan golongan muda. Secara purata, seorang perokok tegar mempunyai jangka hayat kurang 10 tahun berbanding orang yang tidak merokok.




Kematian yang disebabkan oleh rokok kebanyakannya bukannya berlaku secara mengejut, tapi pesakit mempunyai masa hidup berthaun-tahun dengan keadaan yang tidak sihat seperti mempunyai masalah pernafasan dan lelah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Seksanya,kan?


Islam pun dah meletakkan hukum sebagai haram kepada perbuatan merokok tu sendiri. Mungkin secara jelasnya rokok ni memang menjejaskan kesihatan perokok sendiri, dan orang di sekeliling. Mana tidaknya, apa yang kita ada sekarang, tubuh badan, panca indera, kekuatan, stamina dan sebagainya adalah anugerha tuhan. Tapi kita saja-saja pulak nak binasakannya.





Menurut Portal Rasmi Fatwa Malaysia, salah satu sebab rokok diharamkan adalah kerana:

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

Banyak lagi sebab kenapa rokok diharamkan. Anda boleh rujuk kat laman ni. 


Sekarang anda dah tahu keburukan merokok kan? Anda rasa nak merokok lagi?

Saya akan share tips untuk berhenti merokok. Tips ni anda kena buat sendiri tau. 



Tips-tips berhenti merokok:
Bagi mereka yang sedar dan berazam untuk berhenti merokok, di sini saya berikan beberapa tips untuk anda cuba.


1  1.      Tuliskan sebab mengapa anda mahu berhenti merokok.
      Simpan apa yang anda tulis bersama anda. Kalau anda rasa putus asa, tengok balik apa yang dah anda tulis. Ini akan mengingatkan anda selalu dan mengembalikan semangat anda untuk berhenti merokok.



2   2.      Tentukan masa untuk anda berhenti merokok dan berhentilah serta merta.
      Ada yang berpendapat bahawa kita perlu berhenti merokok secara beransur-ansur, tetapi kajian menunjukkan bahawa dengan menghisap kurang bilangan rokok, akan menyebabkan anda menghisap dengan lebih kerap untuk setiap batang rokok menyebabkan kandungan nikotin yang disedut adalah sama. So, berhentilah dengan serta merta.




3  3.      Beritahu semua bahawa anda mahu berhenti merokok
      Ini penting agar orang disekeliling anda boleh memberi sokongan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh melemahkan semangat anda untuk berhenti merokok. Selain kawan-kawan, keluarga adalah orang yang penting untuk kita inform tentang perkara ni.

.



4   4.      Jauhkan diri anda dari rokok dan semua yang berkaitan dengannya.
      Jika selama ini anda hisap rokok bersama kawan-kawan anda di kedai kopi, selepas ni elakkan melepak di kedai kopi sekiranya anda betul-betul mahu berhenti merokok.



5.      Tandakan di kalendar setiap hari anda tanpa rokok. 
Dengan cara ini anda akan dapat tengok hari-hari anda tanpa rokok. Jadi setiap kali anda berasa ingin merokok, anda akan dapat lihat usaha yang anda dah buat untuk berhenti merokok. Anda akan dapat rasakan yang keinginan anda untuk merokok kembali hanya akan memusnahkan usaha anda selama ni.



6   6.      Berfikir secara positif
      Fikir bahawa dengan berhenti merokok, anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik, nafas anda akan lebih segar dan orang suka bergaul dengan anda. Dengan secara automatik, kehidupan anda akan jadi lebih baik.



7   7.      Makan! 
      Ramai yang mengatakan bahawa bila kita berhenti merokok, kita akan sentiasa lapar dan kerap makan. Apa yang anda perlu buat adalah, kawal perasaan tersebut dengan mengambil makanan yang rendah lemak dan gula atau sentiasa mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula.



8   8.      Jangan sedih jika anda gagal. 
]     Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang berjaya berhenti merokok sepenuhnya adalah mereka yang telah melalui proses percubaan berhenti merokok sebanyak 3 hingga 4 kali. So, don't give up dan  teruskan mencuba.



9    9.      Bersedia untuk menghadapi kesan-kesan sampingan daripada berhenti merokok.
      Seperti pengambilan ubat dan dadah, berhenti merokok akan menyebabkan anda mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘withdrawal symptom’. Ini kerana badan anda telah biasa dengan keadaan bernikotin, dan ketiadaan bahan ini memerlukan masa untuk penyesuaian kepada badan. Anda akan berasa loya, pening kepala, berdebar-debar, ketagihan, berasa tidak sihat dan sebagainya. Keadaan ini akan dialami selepas 12-24 jam anda berhenti merokok dan akan hilang secara beransur-ansur selepas 2-4 minggu.



1   10.  Bersedia untuk batuk.
      Seperti yang dinyatakan sebelum ini, berhenti merokok akan menghidupkan kembali fungsi saluran pernafasan yang sepatutnya bertindak sebagai perisai daripada kuman-kuman dan bakteria daripada sampai ke paru-paru. Apabila saluran pernafasan kita berfungsi semula, ia akan menyebabkan anda kerap batuk dan mungkin menjadi semakin teruk. Pastikan keadaan ini tidak mematahkan semangat anda untuk berhenti merokok.


Memang tak dinafikan bahawa ramai yang mengatakan bahawa jika perokok nak berhenti merokok, mereka akan mengalami keadaan yang lebih teruk seperti yang dinyatakan di atas. Tapi, itu adalah kesan badan anda bertindak terhadap keadaan baru di mana pengambilan nikotin dan bahan kimia lain tidak lagi diambil.


Jadi, jangan pulak anda takut untuk berhenti disebabkan withdrawal symptoms ni. Untuk kita dapat satu keadaan yang lebih baik, biasalah kalau dikatakan kita akan lalui jalan yang susah dulu kan? So, selamat mencuba dan selamat mendapat kehidupan yang lebih baik :)





Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang :)


Untuk mendapat konsultasi percuma dari saya, anda boleh hubungi:







No comments:

Post a Comment