Tuesday 30 December 2014

TIPS BERHENTI MEROKOK DENGAN SANGAT MUDAH TANPA WITHDRAWAL SYMPTOM

Dalam post saya sebelum ini, saya ada share tentang macam mana nak berhenti merokok. Semua tips yang saya senaraikan dalam entry saya tu adalah cara yang amat common. Mungkin anda dah biasa baca or dengar tentang cara-cara tersebut.


Ada di kalangan kita dah cuba bermacam-macam cara untuk berhenti rokok termasuk dengan mencuba rawatan tradisional. Tapi, masih belum berjaya. Di mana silapnya anda rasa? Kadang-kadang keadaan ni pun boleh menjatuhkan semangat seseorang.





Selepas saya share tips yang mungkin ramai dah tahu, saya nak share cara yang sangat mudah. Saya ulang..SANGAT MUDAH untuk anda berhenti merokok. Bukan sahaja ia sangat mudah, malah withdrawal symptom pun tak ada. Saya pasti ramai yang tercari-cari ikhtiar yang macam ni.

  1. MUDAH
  2. TANPA WITHDRAWAL SYMPTOM

Antara withdrawal symptom yang biasa dialami oleh perokok yang nak berhenti rokok adalah:

1. Stress
2. Sakit kepala
3. Pendek nafas
4. Loya
5. Batuk teruk
6. Berdebar-debar dan sebagainya

Produk yang saya nak perkenalkan hari ni bukanlah asing lagi sebenarnya. Ia telah digunakan oleh ramai rakyat Malaysia, dan kesan daripada produk ni pun memang dah terbukti, dirasai sendiri, terutamanya yang consume vitamin ni untuk berhenti merokok.


Produk yang saya sebutkan ni adalah VIVIX Shaklee. VIVIX Shaklee adalah produk premium kami yang dapat membantu pelbagai masalah.


Apa yang best bila seseorang ambil bitamin ini untuk berhenti rokok adalah, vitamin ni tak bagi kesan withdrawal kepada anda. Dengan izin tuhan, and tak mengalami withdrawal symptom seperti yang disenaraikan di atas tu.


Jadi, anda boleh bekerja dan membuat aktiviti seharian anda dengan jayanya. Di samping itu, anda juga boleh mendapat manfaat kesihatan yang lain seperti menjadi lebih bertenaga, kulit lebih baik, dan sebagainya.


Saya pasti, ini adalah penantian ribuan lelaki dan wanita di luar. Siapa mahu membahayakan keadaan orang sekeliling, terutamanya keluarga tercinta. Saya juga pasti ramai isteri yang inginkan suami mereka bebas dari cengkaman rokok yang merbahaya. Jadi, jangan berlengah untuk berhenti merokok kerana anda layak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.






Saya sertakan video seorang customer Shaklee yang telah mengambil VIVIX untuk berhenti merokok. Cuba anda tonton video menarik ni.




Semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda. Bagi yang mahu berikhtiar dan mencuba VIVIX Shaklee, anda boleh menghubungi saya di talian di bawah, atau mengisi borang pesanan di sini.


Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, sila hubungi:





TIPS BERHENTI MEROKOK

Semua sudah sedia maklum yang rokok itu amatlah berbahaya kepada diri dan orang di sekeliling. Di negara maju, rokok dah menjadi penyebab utama kepada penyakit dan kematian di kalangan golongan muda. Secara purata, seorang perokok tegar mempunyai jangka hayat kurang 10 tahun berbanding orang yang tidak merokok.




Kematian yang disebabkan oleh rokok kebanyakannya bukannya berlaku secara mengejut, tapi pesakit mempunyai masa hidup berthaun-tahun dengan keadaan yang tidak sihat seperti mempunyai masalah pernafasan dan lelah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Seksanya,kan?


Islam pun dah meletakkan hukum sebagai haram kepada perbuatan merokok tu sendiri. Mungkin secara jelasnya rokok ni memang menjejaskan kesihatan perokok sendiri, dan orang di sekeliling. Mana tidaknya, apa yang kita ada sekarang, tubuh badan, panca indera, kekuatan, stamina dan sebagainya adalah anugerha tuhan. Tapi kita saja-saja pulak nak binasakannya.





Menurut Portal Rasmi Fatwa Malaysia, salah satu sebab rokok diharamkan adalah kerana:

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

Banyak lagi sebab kenapa rokok diharamkan. Anda boleh rujuk kat laman ni. 


Sekarang anda dah tahu keburukan merokok kan? Anda rasa nak merokok lagi?

Saya akan share tips untuk berhenti merokok. Tips ni anda kena buat sendiri tau. 



Tips-tips berhenti merokok:
Bagi mereka yang sedar dan berazam untuk berhenti merokok, di sini saya berikan beberapa tips untuk anda cuba.


1  1.      Tuliskan sebab mengapa anda mahu berhenti merokok.
      Simpan apa yang anda tulis bersama anda. Kalau anda rasa putus asa, tengok balik apa yang dah anda tulis. Ini akan mengingatkan anda selalu dan mengembalikan semangat anda untuk berhenti merokok.



2   2.      Tentukan masa untuk anda berhenti merokok dan berhentilah serta merta.
      Ada yang berpendapat bahawa kita perlu berhenti merokok secara beransur-ansur, tetapi kajian menunjukkan bahawa dengan menghisap kurang bilangan rokok, akan menyebabkan anda menghisap dengan lebih kerap untuk setiap batang rokok menyebabkan kandungan nikotin yang disedut adalah sama. So, berhentilah dengan serta merta.




3  3.      Beritahu semua bahawa anda mahu berhenti merokok
      Ini penting agar orang disekeliling anda boleh memberi sokongan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh melemahkan semangat anda untuk berhenti merokok. Selain kawan-kawan, keluarga adalah orang yang penting untuk kita inform tentang perkara ni.

.



4   4.      Jauhkan diri anda dari rokok dan semua yang berkaitan dengannya.
      Jika selama ini anda hisap rokok bersama kawan-kawan anda di kedai kopi, selepas ni elakkan melepak di kedai kopi sekiranya anda betul-betul mahu berhenti merokok.



5.      Tandakan di kalendar setiap hari anda tanpa rokok. 
Dengan cara ini anda akan dapat tengok hari-hari anda tanpa rokok. Jadi setiap kali anda berasa ingin merokok, anda akan dapat lihat usaha yang anda dah buat untuk berhenti merokok. Anda akan dapat rasakan yang keinginan anda untuk merokok kembali hanya akan memusnahkan usaha anda selama ni.



6   6.      Berfikir secara positif
      Fikir bahawa dengan berhenti merokok, anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik, nafas anda akan lebih segar dan orang suka bergaul dengan anda. Dengan secara automatik, kehidupan anda akan jadi lebih baik.



7   7.      Makan! 
      Ramai yang mengatakan bahawa bila kita berhenti merokok, kita akan sentiasa lapar dan kerap makan. Apa yang anda perlu buat adalah, kawal perasaan tersebut dengan mengambil makanan yang rendah lemak dan gula atau sentiasa mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula.



8   8.      Jangan sedih jika anda gagal. 
]     Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang berjaya berhenti merokok sepenuhnya adalah mereka yang telah melalui proses percubaan berhenti merokok sebanyak 3 hingga 4 kali. So, don't give up dan  teruskan mencuba.



9    9.      Bersedia untuk menghadapi kesan-kesan sampingan daripada berhenti merokok.
      Seperti pengambilan ubat dan dadah, berhenti merokok akan menyebabkan anda mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘withdrawal symptom’. Ini kerana badan anda telah biasa dengan keadaan bernikotin, dan ketiadaan bahan ini memerlukan masa untuk penyesuaian kepada badan. Anda akan berasa loya, pening kepala, berdebar-debar, ketagihan, berasa tidak sihat dan sebagainya. Keadaan ini akan dialami selepas 12-24 jam anda berhenti merokok dan akan hilang secara beransur-ansur selepas 2-4 minggu.



1   10.  Bersedia untuk batuk.
      Seperti yang dinyatakan sebelum ini, berhenti merokok akan menghidupkan kembali fungsi saluran pernafasan yang sepatutnya bertindak sebagai perisai daripada kuman-kuman dan bakteria daripada sampai ke paru-paru. Apabila saluran pernafasan kita berfungsi semula, ia akan menyebabkan anda kerap batuk dan mungkin menjadi semakin teruk. Pastikan keadaan ini tidak mematahkan semangat anda untuk berhenti merokok.


Memang tak dinafikan bahawa ramai yang mengatakan bahawa jika perokok nak berhenti merokok, mereka akan mengalami keadaan yang lebih teruk seperti yang dinyatakan di atas. Tapi, itu adalah kesan badan anda bertindak terhadap keadaan baru di mana pengambilan nikotin dan bahan kimia lain tidak lagi diambil.


Jadi, jangan pulak anda takut untuk berhenti disebabkan withdrawal symptoms ni. Untuk kita dapat satu keadaan yang lebih baik, biasalah kalau dikatakan kita akan lalui jalan yang susah dulu kan? So, selamat mencuba dan selamat mendapat kehidupan yang lebih baik :)





Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang :)


Untuk mendapat konsultasi percuma dari saya, anda boleh hubungi:







Tuesday 23 December 2014

PENGALAMAN PUAN AIDA TURUN BERAT BADAN 15 KILO DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum..

Hari ni hari yang sangat tenang untuk saya. Banyak perkara dah selesai weekend lepas. So, legaaa sangat!


Bila keadaan tenang ni, baru boleh nak cerita satu cerita best. Cerita ni tentang customer setia saya yang amalkan Set Mengandung Shaklee sepanjang kehamilan beliau, dan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang.


Puan Aida yang cantik ni orangnya memang concern tentang berat badan beliau...tapi saya rasa semua orang perempuan pun macam tu kan? hehe. Jadi, sejak awal mengandung anak kedua, Puan Aida telah buat keputusan yang sangat bijak dengan mengambil Set Mengandung Shaklee. Tiap-tiap pagi ESP dan susu lah sarapan beliau.


Teringin nak kurus macam Nora Danish lepas bersalin hehe


Dengan pengambilan Set Mengandung Shaklee ni, Puan Aida tak ada masalah penambahan berat badan yang mendadak waktu mengandung. Berat badannya naik 12 kilogram sahaja. Ada ibu-ibu yang berat badan mereka naik sangat mendadak dengan banyaknya. Ada yang sampai 20 - 30 kilogram. Ibu-ibu perlu tahu yang penjagaan makan pun sangat penting sewaktu mengandung.


Alhamdulillah, dengan berat badan yang tak naik banyak ni, Puan Aida memang berada dalam keadaan yang sangat selesa sewaktu kehamilan beliau. Sebagai seorang pendidik yang mengajar selama lebih kurang 24 jam seminggu dalam keadaan mengandung, beliau tetap bersemangat di tempat kerja.



Yang lagi best tentang pengalaman mengandung dan bersalin Puan Aida adalah, berat badan beliau turun lebih dari yang naik. Puan Aida dapat menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram sepanjang proses berpantang. Nurse di klinik pun terkejut dengan penurunan yang banyak ni. Alhamdulillah tuhan permudahkan urusan Puan Aida.



Proses bersalin Puan Aida pun mudah walaupun berat anak beliau 4 kg. Haaa..kagum kan? Luka bersalin beliau baik dalam masa seminggu. Alhamdulillah kejayaan ni dapat beliau rasa dengan mengamalkan supplement dan vitamin Shaklee.




SUSU BANYAK SEWAKTU BERPANTANG

Lepas je Puan Aida bersalin, beliau meneruskan proses berpantang dengan Set Bersalin Shaklee, dengan tambahan rawatan tradisional seperti berbengkung, bertangas, bertungku dan sebagainya. Apa yang menarik sewaktu Puan Aida berpantang adalah, susu badan beliau sangat meriah.


Bila susu badan cukup untuk baby, baby seharusnyalah happy. Kata beliau baby pun tidur nyenyak je. Puan Aida pun boleh gunakan masa yang ada untuk berehat dengan secukupnya.


Saya gembira bila Puan Aida dapat manfaat dari Set Mengandung dan Set Bersalin Shaklee. Beliau telah pun menyertai kami, ahli keluarga Shaklee setelah berpuas hati dengan produk 100% semulajadi ni.


Insyaallah saya akan kongsikan cerita-cerita menarik tentang Shaklee yang memang best ni lagi ye. Jumpa lagi!


Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, anda oleh hubungi:







Monday 8 December 2014

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN

Vitamin C adalah vitamin yang popular dan sebenarnya penting untuk badan kita. Dari kecil lagi telinga kita biasa dengar tentang vitamin ni. Mak ayah kita pun selalu bagitau yang kita kena pastikan badan kita cukup dengan vitamin ni. 

Tapi pernah tak anda tertanya-tanya, apa penting sangat Vitamin C untuk badan anda?


Penting sangat ke?


Hari ni saya nak kupas tentang kepentingan vitamin c terhadap tubuh badan kita. Penting sangat Vitamin C ni pada tubuh badan kita tau. Jom check!



1. IMUNISASI

Pengambilan Vitamin C dengan dos yang betul dapat melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigiIa juga meningkatkan keupayaan badan dalam memulihkan luka dan badan kita juga akan terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Selain itu, Vitamin C diperlukan oleh tubuh badan untuk bina kolagen, iaitu struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu mempercepatkan luka sembuh, dan ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. DEMAM

Vitamin C berfungsi membantu mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.



3. ANTI-OKSIDA

Percaya atau tidak, Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. TEKANAN DARAH TINGGI

Vitamin C boleh membantu untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, ia membantu pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.





5. SALURAN DARAH

Vitamin C membantu saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6. KERACUNAN PLUMBUM

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah tumbesaran, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi.



6. PENGURANGAN BERAT BADAN

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan ideal. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.







7. KATARAK

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, penglihatan akan menjadi kabur. Orang dewasa yang mengalami masalah ini boleh mengakibatkan buta. 




8. KANSER

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C ini boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi. Ini seterusnya dapat mengelakkan seseorang dari risiko barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah berfungsi dengan mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badasupaya boleh melawan sel barah.



9. TENAGA

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan. Jadi, badan kita akan menjadi lebih cergas dan insyaallah dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.



10. SAKIT JANTUNG

Vitamin C membantu menghalang seseorang dari terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.





11. DIABETES

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C. Macam mana? Ini kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes. Dengan mengambil Vitamin C, kita boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



12. ASMA/LELAH
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Sekarang anda tahu kan apa punca jangkitan asma? Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan. Ini dapat membantu seseorang dari terkena jangkitan asma.




Sumber makanan yang mengandungi Vitamin C



Penting sebenarnya untuk kita pastikan bahawa badan kita mendapat bekalan Vitamin C yang cukup. Bukan sahaj untuk kecantikan, tapi Vitamin C amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Mungkin kita tak sedar yang fenomena di Malaysia ini, di mana ramai orang-orang muda yang menghidap penyakit kronik. 

Dengan sedikit perkongsian dari saya, saya harap dapatlah kita sama-sama bangkit dengan kesedaran untuk hidup dengan sihat.


Semoga dapat kita jumpa lagi di entry yang akan datang :)



Untuk mendapat konsultasi eksklusif dari saya, anda boleh hubungi:








Sunday 7 December 2014

BIRTHDAY AND ANNIVERSARY CELEBRATIONS

Salam Isnin semua. Diharapkan hari kita 'sihat' dan ceria after dah dua hari berhujung minggu.

Apa aktiviti anda hujung minggu lepas? Best tak? :)

Minggu lepas saya adalah minggu yang membahagiakan..hehe. Sebabnya saya sambut ulangtahun kelahiran dan perkahwinan. Double celebrations gitu. Tapi ulangtahun kali ni, kami sambut di Pulau Pinang..di Mom & Baby Expo. Mencari barang untuk si kecik yang akan lahir nanti. Pengalaman pertama kami as a parents. Memang best!



Dapatlah kami grab barang-barang baby sikit. Bila nak jadi parents ni, barulah tau betapalah mak ayah bersusah payah untuk kita dulu. Dari kecik smpai besar diorang jaga kita. Jagalah mak ayah kita selagi diorang ada.

Ahad pulak kami suami isteri habiskan masa di dapur menguli tepung  buat roti canai. Bonding activity as a married couple. Dulu-dulu zaman bujang pegi keluar jalan-jalan, sekarang lainla pulak aktivitinya. Kali ni husband yang bekerja keras dari awal sampai habis. Kita nak uli dia tepung dia tak bagi, takut pressure and penat katanya. Jadi saya jadi pemerhati je la.



Inilah tepung yang diuli dan dibentukkan jadi bentuk bulat sebelum ditebar. Saya tukang sapu margerin je dekat doh tu atas arahan Chef Suami :D



Ni pulak rupa roti yang dah siap kami goreng. Alhamdulillah dapat jugak kami makan roti canai buatan sendiri. Dijamin bersih dan halal :)


Saya harap anda pun berhujung minggu dengan ceria.

See you in the next entry :)

Wednesday 3 December 2014

SET BERSALIN SHAKLEE UNTUK KURUSKAN BADAN

Salam sejahtera semua.

Hari ni kami nak share tentang kisah gembira seorang pengguna Set Bersalin Shaklee dari Lahad Datu,Sabah. Beliau membeli Set Bersalin Shaklee dari kami untuk digunakan semasa berpantang selepas melahirkan anak ketiga.

Menurut pelanggan yang kami sayangi ini, beliau mengalami pengalaman berpantang selepas bersalin yang berbeza setelah menggunakan Set Bersalin Shaklee. Pengalaman bila dah bersama Shaklee ni, mestilah yang best kan.. ;)

Banyak sebenarnya side effect yang bagus yang boleh kita dapat dengan vitamin Shaklee.

Meh saya ceritakan apa perbezaan yang dikatakan pengguna Set Bersalin Shaklee ni.

Testimoni banyakkan susu dengan Set Bersalin Shaklee

Jika dulu dengan Set Bersalin lain semasa berpantang anak pertama dan anak kedua, beliau tidak berjaya dalam penyusuan susu ibu. Bersama dengan anak pertama kata beliau, susu sangatlah sedikit. Kesian pada anak jugak. Bersama anak kedua pula menurut pelanggan kami ni, susu beliau sangat cair sehingga baby tak nak susu.

Alhamdulillah dengan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang anak ketiga, beliau berjaya menyusu anak beliau secara exclusive dengan susu ibu.Amat berbeza pengalaman berbanding dengan anak pertama dan anak kedua. Penyusuan dengan susu ibu tu sangat penting untuk bayi. Jadi, dengan rezeki menyusu yang beliau dapat, insyaallah anak beliau akan membesar dengan sihat.



Testimoni Set Bersalin Shaklee untuk kurus badan.

Bab nak kuruskan badan selepas bersalin ni memang sesuatu yang semua ibu akan fikir. Mana tgaknya, bila mengandung, biasalah berat badan kita akan naik secara mendadak. Itu adalah keadaan yang normal. Tapi dalam seronok membawa perut tu pun, mesti kita terfikir, boleh ke nak dapat berat asal, atau lebih kurus lagi dari dulu. Wanita manalah yang tak nak kurus kan?

Tapi, pelanggan kami yang ada pengalaman bersalin dan mengambil Set Bersalin Shaklee, ada yang berjaya menurunkan berat badan mereka dengan jayanya. Di sini saya kongsikan satu kisah daripada pelanggan kami.

Perkongsian beliau tentang ini amat membuatkan kami teruja sekali. Menurut beliau, sebelum hamil berat badan beliau ialah 82kg dan menjelang trimester terakhir berat badan meningkat ke 88kg.

Dalam masa sebulan menggunakan Set Bersalin Shaklee berat badan telah turun menjadi 71kg. Wow lagi rendah dari semasa sebelum hamil! Alhamdulillah, dengan izin Allah pelanggan kita ni dapat menjalankan kehidupan dengan lebih selesa insyaallah.

Selain daripada manfaat untuk membantu banyakkan susu ibu dan menurunkan berat badan, pelanggan yang kami hormati ini turut berkongsi tentang bertenaga sepanjang berpantang walau menjaga 3 anak kecil sendiri. Sangat mengujakan bukan?



Alhamdulillah dengan kisah gembira begini kami amat bersemangat untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee dengan orang ramai.

Terlalu ramai ibu mengandung yang ingin mendapatkan pemulihan terbaik selepas bersalin, tapi tidak ramai yang berjaya kerana tersalah pilih produk.

Tahniah diucapkan kepada anda yang telah memilih untuk menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Khidmat konsultasi exclusive untuk penyusuan susu ibu dan berpantang, special untuk semua customer dan pelanggan VVIP kami yang amat kami sayangi.

Jumpa lagi dalam entry akan datang 


Untuk mendapat konsultasi percuma dari saya, anda boleh hubungi: